#7 Ramadhan

Assalamualaikum readers....

Alhamdulillah dah habis exam,Semua apa yang dipelajari dah diluahkan pun....

Okey,topik hari ini ialah....KEUTAMAAN DAN KEBERKATAN RAMADHAN.
Topik ini ana ambil melalui ceramah ustaz Haryanto Rizal Rokman

kenal takk???


Ceramah Ustaz ni bagi pandangan ana memang power dengan analogi2 yang menarik sebab walaupun tengah hari ketika beliau menyampaikan ceramah dekat dewan kuliah 2,namun semua mata penonton masih segar dan menumpukan sepenuh perhatian...


Keutamaan dan keberkatan ramadhan
Ustaz Haryanto Rizal Rokman

Puasa ialah sebahagian dalam bulan ramadhan dan ia diwajibkan.

"Orang yg seronok beramal di bulan ramadhan akan berharap bulan ramadhan itu berpanjangan agar dia dapat melakukan lebih banyak amalan"


Orang selalu menganggap bulan ramadhan ialah bulan puasa,anggapan ini adalah salah kerana apabila kita anggap ia adalah bulan puasa maka kita hanya akan menitikberatkan puasa sahaja dalam bulan tersebut tanpa menitikberatkan kewajipan yg lain seperti solat dan menutup aurat

ketika bulan ramadhan,pintu syurga dibuka seluas-luasnya,pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.
Dalam hal ini,Imam Nawawi berkata ayat di atas terkandung makna yang hakiki dan simbolik
makna yg hakiki ialah jika kita pergi ke syurga ketika bulan ramadhan maka pintu syurga akan terlihat terbuka seluas-luasnya..
yang dikatakan simbolik ialah ketika bulan ramadhan,ramai yg akan bersungguh-sungguh untuk membuat kebaikan dan meninggalkan maksiat

Point yg kita kena tahu ialah

apa itu bulan barakah?
apa yg berlaku dalam bulan barakah?
apa keadaan kita ketika berada dalam bulan barakah?


Ade dua jenis keberkatan.

(1)Keberkatan yang kita undang -> seperti baca Yasin untuk berkatkan rumah.
(2)Keberkatan yang memang dah ada pada benda tersebut-> Macam air zam zam.

Air zam zam tak payah pun bacakan ayat2 Al Quran sebab dia memang berkat.Cukup dengan bismillah sudah la , , , , ,

So,
Ramadan adalah keberkatan yang kedua.
Tak perlu undang atau cari.
Bulan Ramadan itu sendiri adalah keberkatan.
Bukan sebab kita mengaji atau solat, tapi sebab bulan itu sendiri sudah dirahmati Allah


keberkatan itu ialah sesuatu yang Simple tetapi Amazing


Lastly,analogi yang beliau beri ialah dynamo basikal



Ramadhan umpama dynamo,
Lagi kuat kita kayuh,lagi bercahaya,
Ayuh ! tunggu apa lagi?

Bila lagi kan.....















Ulasan

Catatan Popular