#9 Status Ke Syurga

Status Ke Syurga






Geng FB jom solat dulu!udah-udah lerr berfb tu…kata sayang Allah

Tap!,post.

Ringkas tapi boleh menyentapkan si pembacanya.Boleh jadi si pembaca scroll terus tanpa membacanya atau stop sekejap untuk membaca statusnya yang baru dipost.

Pehh!!!berlagak alim la sangat
Poyo sangat!
Ehh,betul juga kata dia ni
Ya Allah,terima kasih ingatkan aku

Respons?redha Allah atau redha manusia yang dicari?boleh jadi dalam beribu-ribu friends tu,pasti ada yang terdetik hatinya.Allahurabbi,berapa sangatlah kita post benda yang nampak simple tapi amat berguna kepada masyarakat berbanding kita post benda yang boleh buat orang lain menyampah

Alhamdulillah,dah selesai solat subuh berjemaah
Thank U awak sebab spend I kat Seoul Garden tadi
Saya comel tak!!…

Setiap perkara yang kita lakukan di dunia ni pasti akan ditanyakan di akhirat kelak.Termasuklah apa sahaja yang kau like dan setiap status yang kau post.SETIAP SATU..diulangi SETIAP SATU…..Jadi berhati-hatilah jadi LIKERS walaupun kau nak tolong kawan kau likes,tetapi hati-hatilah..ni tak,mana gambar kawan kau yang tak tutup aurat dan over posing pun kau nak like juga,ingat benda sekecil itu tak ditanya di akhirat nanti?hmm..sekadar mengingatkan...




Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat.

Dakwah bukan hanya lisan sahaja
Dakwah bukan kerja mereka yang mendalami bidang agama sahaja
Dakwah bukan kerja ustaz sahaja
Dakwah adalah TUGAS SEMUA...

Tak kisahlah anda OPTOMETRIST,PEGUAM,DOKTOR,PENJUAL,PENGEMBALA KAMBING,SELEBRITI,JURUTERA dan yang sama waktu dengannya…..

Apa itu dakwah? dakwah ialah menyeru kepada kebaikan dengan cara yang pelbagai Ada yang boleh bercakap,gunakan lisan untuk mengajak orang.Ada yang mahir dalam bidang multimedia,gunakan kreativiti multimedia untuk membawa orang lain ke arah kebaikan.Ada yang boleh menulis,gunakan kemahiran penulisan untuk berdakwah kepada orang.Post status yang mengajak kepada kebaikan pun ialah salah satu wasilah dakwah yang kebanyakan orang jarang ambil tahu.Tak mahir bermain kata pun dalam membuat status,bolehlah share status orang yang penting ada usaha kerana Allah tak tengok hasil,Allah tengok sejauh mana usaha kita.Boleh jadi,status-status kita inilah yang akan menolong kita di akhirat kelak dan menambah beratnya timbangan amal.Alangkah indahnya apabila status yang kita post itu boleh menyentuh hati para pembacanya.Sekurang-kurangnya kita sudah membawa mereka selangkah mendekati Allah.

Status ke syurga,jomm!!!fastabiqul khairat ! ^_^






Ulasan

  1. Yunnn :)

    Sentap nya entri ni :)

    Lama tak menulis blog? Buat apa je cuti ni? :)

    from: Kak Muslihah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak mus

      cuti tu ada keja sikit,huhu..tak sempat menukilkan idea ^_^

      insya allah,nantikan....

      Padam

Catat Ulasan

Catatan Popular