#11 Cahaya ditengah kota


  Sebut saja ibu kota,siapa yang tak terpesona.Tapi yang paling popular ialah sisi gelapnya iaitu tempat tumpuan jenayah berlaku,gejala sosial dan pelbagai lagi.


Pertama kali dapat tawaran masuk U,abah ragu-ragu untuk melepaskan aku,yelah ayah siapa yang tak risau untuk melepaskan anak perempuannya ke ibu kota seorang diri.Abah selalu pesan kalau dekat sana nanti jaga diri,cari sahabat yang baik dan jangan mudah terpengaruh dengan cara kehidupan di kota.Pesanan itu menjadi pegangan aku ketika mula menapak di Kuala Lumpur.Kata-kata abah benar,siapa yang tak kuat pegangan iman pasti akan tergugat dengan tarikan ibu kota.


Takut,itu perasaan yang tergambar ketika pertama kali bersiar-siar dengan sahabat baru di ibu kota.Pelbagai ragam manusia dapat kulihat,tak kira muda mahupun tua.Kebanyakan mengenakan pakaian yang berfesyen mengikut arus masa,tapi bukan itu yang menjadi masalah pun. Apa yang menyedihkan ialah apabila melihat saudara sesama islam seakan lupa akan batasan auratnya,hijab hilang entah ke mana.Lelaki dan perempuan bergandingan tangan seakan hilang topeng malu yang selama ini menjadi perisai muslim itu sendiri. Aku berfikir,jika dilihat hampir semua penduduk yang tinggal di kota ini adalah terdiri daripada golongan terpelajar,adakah dengan mempamerkan cara hidup begitu(berpakaian mengikut cara barat dan melupakan ikhtilat) menunjukkan mereka telah mencapai cara hidup bertamadun seperti yang diwar-warkan oleh masyarakat barat?soalanku sepi tanpa jawapan.


Sahabatku?dia hanya mampu tersenyum..


Lampu neon begemerlapan di setiap penjuru kota,menarik minat para remaja untuk turun berhibur di kala malam tiba.Tak ketinggalan warga yang berumur juga turut serta. Kenderaan mewah tak henti-henti membanjiri jalan utama. Suasana malam seperti siang.,tapi suramnya masih ada.Cahaya lampu dah terang,tapi ada sebuah cahaya lagi yang tak kunjung tiba...Cahaya apa??Sekali lagi persoalan bermain di fikiran.


Langkah terhenti tatkala melihat sekumpulan belia menuju ke sebuah surau yang juga terletak di tengah ibu kota,selesai menyempurnakan solat fardhu,mereka menyiapkan diri untuk mendengar pengisian rohani.Suasana damai seketika,Ketenangan menyelinap masuk ke dalam hati.Rasa takut perlahan-lahan pergi.Cahaya Islam menerangi segenap surau itu..


Cahaya?cahaya inilah yang perlu untuk terangi kota ini!


Cahaya di tengah kota,siapa sangka aku telah temuinya..


Untuk terangi seluruh kota ini?Insya Allah,tiada yang mustahil..


 Aku seorang?


 Tak.


Aku ada korang

 



Ulasan

Catatan Popular