#13

Assalamuaikum w.b.t para readers !

Kali ini kita akan bedah sebuah buku yang sangat menarik dengan huraian yang boleh difahami. Banyak point yang boleh diambil dalam menyusun langkah – langkah tarbiah agar tidak tersasar dari matlamat yang sebenar.Tak berat dan sesuai untuk semua yang ingin mengetahui tentang ilmu tasawuf.

Apa itu tasawuf? ha….

Ilmu tasawuf dapat membolehkan seseorang mengenali dirinya, mengenali sifat kehambaannya dan ilmu tasawuf berkait rapat dengan soal hati dan usaha menundukkan hawa nafsu.

Dalam buku Menyelami Samudera Tasawuf tulisan Ustaz Shamsul Mohd Nor, penulis ada menerangkan peringkat-peringkat ketaatan dan kederhakaan yang boleh dibahagikan kepada empat peringkat.


1.Taat dalam taat

Seseorang yang melaksanakan ibadah ikhlas hanya kerana Allah S.W.T. Seseorang yang melaksanakan amal kebaikan tanpa ada penyakit hati seperti riyak, ujub dan ghurur. Dengan ilmu, dia merasakan dirinya benar-benar hamba kepada Allah S.W.T. Tidak layak baginya untuk meninggi diri dengan amalan-amalan yang dia ada. Golongan ini dinamakan taat dalam ketaatan.

Ahli sufi pernah berkata “ Jika sesuatu yang hilang daripadamu ada gantinya, tetapi jika Allah hilang di hatimu, maka ia tidak ada gantinya.”

2. Derhaka dalam taat

Orang yang beribadah, melaksanakan amalan kebaikan namun tercalit rasa ujub, riak dan merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Luarannya nampak taat namun hatinya telah tertipu. Tertipu dengan senda gurau dunia, makin banyak ibadahnya ,makin menebal rasa ujubnya.

Firman Allah S.W.T :

“Adapun orang yang enggan dan menyombongkan diri, maka Allah akan menyeksa mereka dengan seksaan yang pedih.”
                                                                                         An-Nisa’:173

3.Derhaka dalam derhaka

Orang yang buat maksiat namun tak rasa apa-apa pun. Mereka berbangga dengan maksiat yang dilakukan bahkan memohon taubat kepada Allah S.W.T jauh sekali. Dirasakan derhaka itu ialah sebahagian daripada dirinya yang sudah menjadi separuh kehidupannya.

Firman Allah S.W.T :

“Apakah engkau tidak melihat, sesiapa yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan disesatkan oleh Allah, padahal ia mengetahui.”
                                                                                     Al-Jatsiyah:23

4. Taat dalam derhaka

Orang pada lahirnya tampak derhaka namun jauh di lubuk hatinya dia menderita kerana menyesal atas perbuatan yang dilakukan. Hatinya tak mampu melawan nafsu. Dia sentiasa merintih untuk memohon keampunan namun disebabkan imannya yang sangat tipis, dia sering kali jatuh pada lubang yang sama. Dia merasakan dirinya sangat hina disisi Allah. Hati sangat benci dengan dosa. Mereka inilah yang dikatakan taat dalam derhaka kerana mereka mengekalkan rasa hamba. Mereka sentiasa memohon ampun agar dosa-dosa mereka diampunkan dan menjauhkan larangan Allah. Maka akhirnya dia akan diampunkan.

Jika dinisbahkan perjalanan kita di dunia ini sebenarnya hanya sebentar sahaja jika dibandingkan di alam akhirat nanti. Sekecil-kecil amalan pasti akan dihisab kelak. Allah S.W.T berfirman :

“Pada hari itu, tiada berguna harta dan anak-pinak.Kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat.”
                                                                                 Al-Syu’ara’:88-89

Berusaha didik dan bersihkan hati kita agar Nur ilmu dan hikmah dapat masuk ke dalam hati. Jadikan hati kita …

Hati yang berhati-hati.


Hati Mukmin.

Ulasan

Catatan Popular