#16 Menyusun Kepingan Kekuatan

Tatkala kesepian menyelesakan diri, penyakit futur datang bertapak di hati. Ah, sungguh hati ini membenci tapi nafsu kadang memujuk. Hijrah kena kuat, kena istiqamah. Cukuplah masa lalu menjadi parut kehidupan.

Perlahan-lahan helaian al-quran dibuka, mencari penawar agar tetap bertahan.

Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Sahabat, jangan sangka aku sentiasa kuat kerana terkadang air tak selalu jernih. Aku sedang menyusun kepingan kekuatan yang masih bersisa. Diam bukan bermakna aku cuba lari, tetapi cuba muhasabah diri kembali untuk mengembalikan kekuatan itu.

AY

Ulasan

Catatan Popular