#17 Jiwa muda

Image result for vintage shoes wallpaper
Rindu,
rindu pada ketenangan jiwa,
layaknya untuk hamba yang soleh,
lalu kita mengejar rasa itu,
namun sayang,
ketenangan duniawi juga yang dicari.

Cinta,
kita mencari cinta,
cinta sepanjang zaman,
cinta hakiki bertemu Sang Pencipta,
namun sayang,
kita tersalah memilih cinta itu.

Biar,
biarkan sindiran mereka,
biarkan omongan itu,
kita buat kerana Allah,
mangapa terusik sedikit,
sudah merajuk dengan kerja dakwah?

Masa lalu,
bukan indikator masa depan,
aku jua seperti kamu,
bertekad istiqamah dalam hijrah,
simpan 'alasan' dalam kocek,


jiwa muda,
Pengulang sejarah,
bangkit!

rapatkan safmu,
Islam akan menang,
mengapa masih ragu?

Sejarah lalu,
pasti berulang,
lalu mengapa kau masih ragu?

latar berbeza,
watak yang sama...

AY









Ulasan

Catatan Popular