#20

Ada kalanya banyak yang ingin diluahkan dalam satu ayat yang mudah difahami, tangan lantas mengenggam pena. Pena menari di atas kertas putih. Tapi, apa yang perlu ditulis.? Mati akal untuk memulakan kata-kata. Detik pun terus berjalan. Pena semakin erat digenggam, tanpa sedar air mata mula berlinangan. 

Mencuba menyusun kata-kata, namun  terhenti di pertengahan kata. Pangkal tidak bertemu penghujung lalu mati di pertengahan kata. Lalu, kertas dibiarkan kosong tanpa sebarang coretan. 

Tatkala kita berdoa kepada Allah SWT, banyak sangat yang ingin kita luahkan. Belum sempat kata disusun, air mata menderu jatuh membasahi pipi. Akhirnya, kita terdiam. Allah, Engkau lebih Mengetahui isi hati ini. 

Usai bangkit, kita jatuh lagi. Lalu, mengumpul kekuatan untuk bangkit lagi. Dan, kita jatuh lagi. Lelah, bukan alasan. Lalu bangkit lagi. Orang yang berjaya ialah orang yang tidak putus asa untuk bangkit. 

Allah pesan dalam Al Quran La Tahzan, jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita. Allah sentiasa ada untuk hambanya. Kerana Allah, kita semua kuat. Semoga esok lebih baik dari hari ini. =)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Surah al-Insyirah, ayat 6)

AY

Ulasan

Catatan Popular