#22 'Dia'

Dia menahan siksa kedukaan disebalik topeng senyuman. Kerut wajah menterjemah seribu kisah yang tidak mungkin dia ceritakan kepadamu. Engkau lantas benar membawa cerita sejurus membuat tafsiran yang dusta belaka. Dia bukan seperti itu!.

Dia hanya penanggung cerita duka. Ingin sahaja duka itu dibuang jauh ke lautan kelupaan. Dia ingin engkau gembira dan senang hati melihatnya, kerana itu dia menyarung topeng keceriaan tatkala berada bersamamu.

Hari berganti hari, usia mendewasakan dia. Dia bangkit memadam kisah lalu, dibiarkan pergi bersama angin lalu.Tanpa menoleh ke belakang, dengan pantas dia menghayun langkah menuju ke hadapan. Dia bukan penanggung kedukaan lagi. Dia pembawa semangat baru, dalam separuh berbisik ia berkata "Aku kembali bangkit kerana tuhanku Allah."

"Aku kembali bangkit kerana tuhanku Allah."


AY

Ulasan

Catatan Popular