Rabu, 12 April 2017

#24

Masa pantas berlalu meninggalkan aku yang masih termagu, berkira-kira untuk menyusun langkah yang kemas teratur. Masa akan tetap berjalan walau aku menghentikan putaran jam di seantero dunia. Masa tetap berlalu, walau sering aku berlari untuk menyesuaikan keadaan dengan pergerakannya yang serba pantas namun aku sering ditinggalkan begitu sahaja, ia berlalu tanpa menoleh ke belakang.

Itu sifat masa. Ada kalanya, aku merasakan masa begitu lambat sekali bergerak lalu aku pun memperlahankan momentum. Aku salah! Sifatnya masa ialah tetap dan tak akan berubah walau sedetik pun. Sesaat tetap sesaat, seminit tetap seminit !

AY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan