#6 EXAM?? WHAT SAY YOU?

Assalamualaikum readers.....

Hari ini kita akan mengulas topik EXAM atau bahasa melayunya PEPERIKSAAN yang bakal menjengah pelajar2 Universiti di Malaysia.Ana tidak akan bincang pasal soalan bocor atau apa2 soalan2 yang akan keluar nanti tetapi ana akan lebih fokus kepada definisi tersendiri menurut perspektif seorang mahasiswa mengenai perkataan2 yang ada ketika menjelangnya Exam
*sila rujuk sumber yang lebih tepat jika ingin membuat rujukan*

Exam
Sebuah perkataan yang mengandungi 4 huruf yang sangat mengerunkan semua pelajar mahupun mahasiswa di seluruh dunia.

Dewan Exam
Tempat dimana masa itu dirasakan sangat lambat bergerak

Pengawas Exam
Umpama barisan tentera yang mengawasi tahanannya

Kertas soalan
sekeping pun dah mampu membuatkan jantung berhenti berdegup seketika


Pensel/Pen
Senjata yang wajib ada,jika tertinggal maka anda umpama selangkah tewas di medan perang

Jam dinding
setiap detik gerakan membawa sebuah peralihan masa yang sangat signifikan kepada pelajar/mahasiswa


So,masa pun semakin mencemburui ana,pesanan ana kepada sahabat semua termasuk diri sendiri :

1.Betulkan niat,flashback kembali apa niat kita.Adakah kita buat demi Allah dan ibu bapa atau terpaksa
2.Sediakan kelengkapan material dan minda untuk menghadapi exam
3.Buat yang yang terbaik
3.Doa banyak2 walau dimana kita berada kerana doa adalah senjata bagi orang mukmin

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
                                                                                                            (HR Hakim)

Sebelum masuk dewan peperiksaan,jangan lupa doa,doa,dan berdoa kepada Allah S.W.T kerana hanya kepada Allah kita serahkan tawakal kita setelah berusaha.


Akhir kata sebelum exam,

GOOD LUCK,
DON'T STRESS,
OKEY!!^_^


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular