#14 Sinar di Bawah Bayu

Assalamualaikum readers,

Lama menyepi, hati berkira-kira untuk menulis mungkin sudah tidak biasa bermain kata. Minta maaf kalau susunan kata tidak seindah puisi melayu kerana bukan kulit menjadi ukuran, yang penting isinya dapat dijadikan pedoman.

Isu murtad

Ketika melayari laman sosial, aku dikejutkan dengan isu murtad yang berlaku di tanah airku sendiri. Tidak berpuas hati dengan maklumat itu, aku cuba untuk mencari dari sumber yang lain. Ternyata, perkara itu telah berlaku beberapa tahun yang lalu. Bukan seorang dua yang murtad, tetapi sekampung!. Ketika itu, aku diselubungi rasa bersalah dan takut. Aku mengaku aku khalifah tetapi mana buktinya? hanya sekadar omongan kosong. Mana umat Islam yang lain?

Isu murtad di negeri ini didiamkan dengan begitu sahaja tanpa ada tindakan yang lebih tegas. Seorang yang bersuara tak mampu untuk membangunkan berjuta orang yang lain. Mana mungkin orang memandang pada seseorang yang tak mempunyai pangkat dan kuasa. Tepuk dada tanya amanah.

Cahaya Islam

Beberapa minggu selepas itu, aku menghadiri Kem Remaja Islam yang bertempat di Tuaran dan memikul tanggungjawab sebagai salah seorang fasilitator. Pelajar sekolah menyambut kedatangan kami dengan sangat gembira. Masing-masing sudah bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik, begitu juga aku. Melihat mereka sahaja, sudah memberikan aku motivasi untuk menjadi yang lebih baik selepas ini.

Kumpulan LDK aku terdiri daripada 12 orang peserta muslimat dari pelbagai sekolah di sekitar daerah Tuaran. Sesi taaruf iaitu berkenalan menjadi agak kekok pada mulanya kerana masing-masing dari sekolah yang berbeza. Pada hari kedua, kami menjadi semakin rapat dan tidak ada masalah untuk menjalankan aktiviti LDK (latihan dalam kumpulan).

Slot muhasabah diri agak mencabar sedikit kerana slot tersebut dijalankan pada sebelah petang selepas LDK. Aku memasang muzik instrumen untuk mengalih suasana ceria kepada suasana muhasabah diri. Sehelai kertas diagih-agihkan kepada mereka. Sebelum sempat menulis, salah seorang daripada mereka sudah mengalirkan air mata. Aku terdiam, menahan emosi kerana fasi harus pandai mengawal emosi dan aku belajar tentang itu.

Ketika ditanya, katanya ingin berubah ke arah lebih baik, Ada peserta yang ingin membaiki kualiti solatnya, ada yang ingin belajar cara solat, ada yang ingin menbahagiakan ibu bapanya. 

Insya Allah, Allah sentiasa ada untuk hambaNya yang ingin berubah.

Pada hari terakhir, seorang sahabat menceritakan tentang perkembangan Islam di negeri Sabah. Dia menuntut dalam institusi pendidikan, pengalamannya jauh lebih banyak. Katanya, kini Sabah ialah salah satu negeri yang mana Islam tersebar dengan cepat berkat usaha para pendakwah dan program-program Islam yang dianjurkan. Alhamdulillah, tarbiyah di bumi Sabah tak pernah kenal lelah.

Tambah kapsyen

Impian aku malah semua umat Islam ialah agar cahaya Islam bersinar di Bawah Bayu. Mungkin bukan hari ini tetapi hari esok..


AY




Ulasan

Catatan Popular