#8 Erti Sebenar CINTA





Menurut Hamka, “Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.”


Hilal Asyraf dan AimanAzlan menerusi buku Hidup Penuh Erti menyatakan bahawa cinta adalah apa yang meneruskan kehidupan dunia ini.Namun pada komuniti hari ini,cinta seakan terpalit dengan satu penjenamaan yang buruk.Cinta dilihat merosakkan,melalaikan,membuat kita suka membazir,dan akan menghumban kita ke lembah maksiat

Hebatnya media kini telah me'wajah'kan cinta dengan sebut sahaja cinta mesti lelaki dan perempuan sahaja,cinta perlu couple,cinta perlu dating,dan hingga suatu tahap cinta mesti dibuktikan dengan menggadaikan maruah.Itu yang dikatakan cinta yang suci?Cinta alaf baru berasak-asak memenuhi kaca televisyen tak kurang juga dengan segelintir penulis novel yang mendefinisikan cinta mengikut aliran masing-masing kemudian diterjemahkan ke bentuk drama televisyen.Benarkah itu definisi cinta?

Cinta tak salah kerana cinta adalah fitrah manusia,tetapi yang salah ialah apabila erti sebenar cinta itu telah diselewengkan sehingga meletakkan cinta itu sendiri ke martabat terendah kerana apa?kerana si pencinta itu sendiri.Tak hairanlah ada segelintir masyarakat yang memandang serong kepada maksud cinta sehingga orang yang melafazkan cinta dianggap rosak,tidak fokus,gatal dan sebagainya.Jika kita lihat kes gejala sosial kebanyakannya adalah bermula dengan ->cinta

kes pembuangan bayi ->cinta
bunuh diri->cinta

Bukan ana yang berkata tapi suasana di sekeliling telah buktikan dan tekaan ana betul.Definisi cinta telah banyak diubah sehingga wujudnya term couple islamik.
Couple Islamik??hanya kerana tudung labuh?serban?purdah?songkok?.Sahabat,niat tak akan pernah menghalalkan cara.harap tolong faham,dalam islam tidak ada satu ayat pun yang membenarkan couple islamik...mohon jangan salah faham..
Hebat definisi mereka.Akhirnya,generasi kini membesar dengan definisi cinta seperti yang dihebahkan dalam media.Allahurabbi...

CINTA YANG SEBENAR ialah cinta yang menguatkan kamu,meningkatkan motivasi dan menambahkan amalan kamu serta mendekatkan diri kepada sang pencipta cinta iaitu ALLAH SWT.Cinta itu UNIVERSAL bukan hanya terbatas kepada lelaki dan perempuan sahaja.
Cinta itu ialah cinta kita sesama manusia,keluarga,saudara,sahabat,hidupan
 alam, cinta kepada Allah SWT dan rasul-Nya.

Allah SWT berfirman dalam surah At-Tahrim,ayat 6:
Wahai orang beriman,jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada seksa api neraka.

Cinta yang sebenar ialah cinta yang mampu membawa orang yang kita sayangi terhindar daripada api neraka dan bersama-sama dengan kita menuju redha Allah ke syurga.Insya Allah

Kita sepatutnya menjadi ejen perubahan yang mengubah paradigma masyarakat hari ini agar dapat melihat erti cinta yang sebenar.
Bagaimana?mulakan dengan diri anda 




"Awak,boyfriend saya baik tau...dia selalu ingatkan saya tentang hadis2 nabi pastu dia selalu kejutkan saya bangun tahajjud"

"Betul ker baik"

"kenapa?"

"Kalau dia baik,dia TAK AKAN buat macam tu,melainkan dia jumpa parents awak terus"

"err"











Ulasan

Catatan Popular