#10 Travelog yang singkat

Musim cuti pertengahan semester baru bermula,Semua rakan berkemas untuk balik dan soalan cliché menjadi soalan viral ketika cuti.


”Yun balik tak”
“Tak balik,ada kerja nak disiapkan cuti ni”

Sedih tapi dalam masa yang sama bersemangat,

Bersemangat untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh.

Seperti biasa juga,aku tak akan keseorangan kerana ada beberapa orang rakan lain dan senior yang tak balik, sibuk menyelesaikan urusan ketika cuti.

                                                     * * * * *

Cerita hari ini

Aku dan beberapa orang senior perlu pergi ke Putrajaya untuk menghadiri sebuah program.Pelbagai kisah berlaku kerana gara-gara tak ingat jalan,jadi kami perlu berpusing-pusing selama sejam setengah untuk sampai ke tempat yang dituju.

Dalam perjalanan,kami sempat terpaku melihat keindahan dan ketenangan yang mewarnai kawasan Putrajaya.Berbeza dengan suasana bandar Kuala Lumpur yang dipenuhi hiruk piruk kebanjiran warga kota . Kehijauan tamannya mengingatkan aku kepada suasana kampung,sedikit sebanyak rindu pulang ke kampung terubat.

Senior membawa kami ke Menara Pandang Jauh yang terletak di Taman Wetland.Bebanan yang terkumpul di minda terus hilang serta merta apabila mata sekali lagi disapa oleh indahnya flora ciptaanNya . 

Subhanallah..begitu hebat ciptaan Allah.

Masing-masing terdiam,kami menjadi sang pemerhati ciptaan Illahi.

Entah bagaimana warna hijau itu membawa ingatan aku kepada sesuatu yang dirindui.

Hmm,lupakan!


Terjeda,terharu dan tersenyum (ayat Hafifah)!.









Orang kata sambil menyelam,minum air.Masa yang berbaki masih banyak,senior memutuskan untuk  pergi ke Pesta Buku Islam yang bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya.Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal pula,aku dan kak Hafifah mengangguk tanda setuju.

Takdir pertemuan takkan kemana kann,aku bertemu dengan seorang figura yang aku kagumi iaitu Fatimah Syarha.Alhamdulillah,tertunai juga niat aku nak bertemu dengan dia ni walaupun sekejap saja.


Dan…sebelum balik,kami berpeluang bertemu dengan seorang penulis muda iaitu Hadi Saharudin.Kagum dengan semangat anak muda ini,walaupun baru berumur 21 tahun namun dah berjaya hasilkan sebuah karya iaitu buku bertajuk Dyspnea Kehidupan.


Nak promote sikit pasal buku ni,buku ni ialah hasil penulisan beliau yang sarat dengan dengan nasihat dan motivasi yang diambil sepanjang bermusafir di muka bumi Tuhan untuk mencari makna sebenar tentang kehidupan.Pengalaman hidup menetap di 3 negara yang berbeza dari semuanya iaitu Perancis,di Mesir dan juga di Tanah Airnya sendiri.Nak tahu kesinambungannya?Apa itu dsypnea?Belilah buku ni..Insya Allah akan memberikan manfaat kepada para pembaca.


Perjalanan ke destinasi seterusnya terbantut apabila awan mula memuntahkan airnya (hujan).Kesimpulan hari ini,walaupun sebuah perjalanan yang singkat namun pelbagai perkara bermakna yang telah berlaku.

Begitu juga dengan kehidupan.Sebagai perbandingan, Al-Quran ada menyatakan bahawa 1 hari di akhirat adalah sama dengan 1000 tahun di dunia.Memang singkat.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud),
"Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja daripada waktu siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia)". (Surah Yunus, 10:45)

Wallahu a’lam
“Dan Allah yang Maha Mengetahui."

Ulasan

Catatan Popular