#18 Aku Pasti Bertemu Tuhan

Image result for sky wallpaper

Sejauh mana langkah ini membawa aku. Aku yang bergelar khalifah dan hamba.
Sedang hidup panjang angan-angannya, masa terus memamah usia. Baru aku sedar, aku pasti bertemu Tuhanku suatu hari nanti. Cepat atau lambat. 

Waktu muda, dugaan datang berganda umpama ombak mengganas, menghempas bahtera kerdil di tengah lautan. Terkadang aku membiarkan bahtera kerdil mengikut buaian ombak sehingga membawa aku tersadai di tepi daratan. Tapi, aku tidak ingin Tuhan marah lalu aku lekas mengemudi bahtera tersebut ke jalannya kembali kerana aku pasti bertemu Tuhanku nanti. 

Kita makin tua, perasaan rindu itu datang lagi. Rindu yang datang dalam sayup kesunyian lalu menusuk ke dalam hati. Rindu untuk bertemu Tuhan, ah! perasaan ini sadis sekali. Aku pasti, aku akan bertemu Tuhan suatu hari nanti. Sabar hati, percukupkan bekalmu dulu.

AY

Ulasan

Catatan Popular