#21 Oh Amanah

Amanah, bila kau tanya aku adakah aku sanggup memikulnya, aku hanya diam mengunci kata. Sedangkan amanah yang sedia ada membuatkan aku semakin bersalah untuk menerima amanah yang baru.

Bukan iya mahupun tidak, bukan juga menerima ataupun menolak. Lantas apa tujuan aku berada dalam bahtera jika mengemudi pun bukan, penunjuk arah pun bukan. 

Bagaimana pula khabar si ikhlas dalam hati? adakah masih setia menemani iman atau telah terpadam oleh noda dosa. Ikhlas membuka ruang ketenangan iaitu ikhlas dalam apa jua keputusan, tanpa persoal atau mengeluh.

Ikhlas dalam memegang amanah. Beban yang tidak pernah akan terluah oleh kata, bukan tujuan mengadu, cuma berkata syurga itu mahal buat yang benar-benar mahu. Yakin dengan janji Allah . =)


AY


Image result for ikhlas
Source: google




Ulasan

Catatan Popular