#5 APSAL IMPIAN KAU KECIK SANGAT???






"Cikgu,kalau saya besar nanti saya nak jadi doktor"

"Mama mama,nanti kalau Aiman besar,Aiman nak jadi Ultraman boleh selamatkan mama"

"Abah,Sarah nak jadi Elsa dalam movie Frozen tu kalau dah besar nanti"


Semua yang dekat atas ni ialah impian seseorang yang bergelar kanak-kanak,
tetapi persoalan yang ana cuba cetuskan ialah adakah dengan menjadi doktor,Ultraman,Elsa itu maka impian itu terhenti disitu??

Pernah tak korang dengar kanak-kanak yang mempunyai impian seperti :
"Akak,kalau saya besar nanti saya nak jadi hafiz.Boleh tarik mama dan abah masuk syurga".

"Gulp!"
#Sentap

Mesti confirm punyer,siapa yang dengar kanak-kanak yang berkata seperti itu mesti akan menangis bercucuran air mata terharu (*maaf ayat tak tersusun)

Okey,habis huraian untuk kanak-kanak.Fullstop!

So,untuk yang bukan kanak-kanak ni macamana?Impian korang apa arh??

"Kalau saya,saya nak habiskan study dahulu dalam bidang ni pastu keja pastu kawen pastu dapat anak pastu cucu pastu cicit pastu...."

Eh??yang kau sibuk fikirkan nak kumpul 7 keturunan tu buat apa??hal akhirat bila nak fikir akak oii???

"Kalau abang pula,abang nak keja,kawin,jaga bini anak,pencen dan enjoyy holiday!!"

Hmm...

Sebenarnya tak salah pun ada impian seperti di atas...

Tapi.......

Apsal impian korang kecik sangat??

Korang hanya fokus duniawi sahaja...

Sepanjang ana hidup 20 tahun ni,tak pernah pun dengar impian orang seperti ini:
"Impian saya ialah cukuplah menjaga redha Allah"
                                    atau
"Kalau boleh dalam hidup ni,impian pak cik ialah nak kumpul banyak-banyak bekalan untuk perjalanan pak cik dekat akhirat"

kalau ada pun rationya 1 dalam 1000..........mungkin?

Benda yang agak melucukan ialah contohnya jika kawan anda bertanyakan impian anda kemudian anda jawab
"Impian saya ialah ingin melengkapkan bekalan untuk menuju akhirat"

mesti kawan anda kata "kau dah kenapa?macam nak mati jer aku dengar"

kann............Haiya ! mentaliti yang masih tak berubah

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)

Kehidupan di dunia ni hanyalah tempat kita mencari bekalan untuk

                                KEHIDUPAN SEBENAR
                                        DI AKHIRAT
ana ulangi lagi,Kehidupan Sebenar adalah di akhirat sahaja.Take noted!

"Eh,jadi di bumi ni kan tempat kita hidup juga?"
Betul tapi hanya sementara,akhirat tempat yang kekal

So,check balik apa sebenarnya impian anda di dunia ini dan pastikan impian dunia anda ada LINK dengan akhirat okeyy

p/s = teguran buat ana juga

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular