#4 Mana Masa SAYA??

                                                  Assalamualaikum!!~~
     
  Nak minta maaf,sebab menghilang sekejap dalam masa beberapa hari ini..hmm..biasalah tu..ni baru first year..kalau dah 4th year mungkin sebulan sekali                                             mungkin ana update blog..hehe

back to the main point.........->MANA MASA SAYA



Semua makhluk di dunia ni dikurniakan masa 24 jam untuk menjalani kehidupan masing-masing.Sekali lagi ana highlightkan 24 JAM atau 24 HOUR  okeii...Dalam 24 jam itulah,kita gunakan untuk tidur,beribadat,makan,belajar dan yang sama waktu dengannya..



Dan ana berikan korang 1 persoalan...dalam 24 jam ni,apa ja yang korang dapat lakukan??...........times up! jawab sendiri dalam hati ya..






"Maaflah,aku tak ada masa lah untuk kerja-kerja dakwah ni,assigment pun tak siap lagi!"

Nak tunggu masa yang betul2 lapang baru korang nak buat kerja dakwah??Ini bukan cerita tentang masa lapang tau,bak kata Adnan Sempit Dimana ada kemahuan,di situ ada highway.Ana nak berikan maksud term highway tu sebagai risiko,iaitu berani ambil risiko untuk mencapai redha Allah.
Ohh!!!(buat reaksi marah sikit kawan2..haha)..hadap FB!,Twitter!,Whatsapp! berjam-jam tu korang tak kisah pula.Usrah baru 10 minit dah terkial-kial tengok jam handphone..hmm..


teringkat kata-kata syeikh Hasan al-Banna, "tanggungjawab yang kita ada terlalu banyak berbanding masa yang kita ada"

Hakikatnya,berjawatan sebagai hamba dalam dunia ni banyak amanah yang kita pikul.
  Setiap kali azan berkumandangan tubuh Ali RA akan mulai menggeletar,muka bertukar menjadi pucat dan mulai menangis.Orang  bertanya kenapa kamu jadi macam ini?Jawab Ali Ra"inilah waktu menunaikan amanah,amanah yang langit,bumi dan gunung-ganang tidak mampu memikul amanah tersebut.Aku tidak tahu adakah aku mampu untuk menunaikannya atau tidak."

Amanah bukan hanya pergi kuliah,balik,tidur,makan,pergi tutorial,ambil kuiz,exam,graduate pastu kerja,kahwin,pencen,dan..........Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.Amanah kita yang UTAMA ialah jadi khalifah di muka bumi ni..WWhatss?EXCUSE ME?IM NOT USTAZ OKEYY?...eh??x pcya lgi??

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." - Surah Al-Baqarah: Ayat 30

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." -Surah Adz-Dzariyat: Ayat 56

"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" - Surah Al-Mu'minuun: Ayat 115

dah faham??

Kesibukan inilah melatih kita sebenarnya bagaimana nak mengurus masa yang ada untuk jadikan masa yang ada itu terisi dengan benda2 yang baik. Ketika sibuk nilah Allah benar-benar menguji kita samada kita ikhlas atau tidak dalam membantu agama Allah,kerana Allah sayang kita,Allah uji dengan masa yang ada lebih-lebih lagi dengan exam yang mendatang ini,lagilah sibuk kan...
Kita bantu jalan Allah,Allah pasti bantu jalan kita walau susah manapun dan jangan lupa mengadu dekat Allah ketika berdoa.. INGATT...Jalan dakwah masih panjang dan baru pun nak bermula,jalan dakwah bukan beralaskan karpet merah,anugerah sana-sini,taraf yang ekslusif tetapi jalan yang penuh batu,duri,air mata,dan pengorbanan,kerana apa?kerana manisnya syurga itu

apa-apa pun buat apa yang penting dahulu Insya Allah keberkatan masa itu akan ada..

#firststep
#AsrennayunTheUntoldStories

Ulasan

Catatan Popular