#1 Titik hijrahku


Assalamualaikum semua, hari ni aku nak cerita pasal HIJRAH, dalam maksud lain berubah menjadi lebih baik. Hijrah seorang yang bernama aku. 

Tipulah kalau dalam hati korang tidak pernah terdetik sedikit pun rasa mahu berubah menjadi lebih baik lagi kan. Kerana sekeping hati itulah yang sebenarnya menentukan sama ada kita ni baik atau tidak.Tapi aku percaya korang semua adalah orang yang baik, kalau tak dah lama korang close blog ni kan haha (gurau saja). 

Selama 20 tahun aku hidup, dah ramai kisah penghijrahan rakan-rakan yang membuatkan aku rasa bangga dengan mereka, iyalah hijrah bukan mudah seperti yang disangka kerana perlukan istiqamah iaitu secara berterusan, dari yang freehair ke bertudung, dari tudung singkat ke tudung bidang 60, dari yang tak pakai stokin berhijrah dengan mengenakan stokin...
(p/s=kaki aurat ya kawan-kawan).

  Bersahabat dengan mereka telah mengubah persepsi aku yang selama ini salah..
*biarlah rahsia*

Betullah kata orang, ketenangan itu akan sampai ketika engkau berada dalam penghijrahan itu. Tenang yang sukar dimanifestasi melalui bahasa, contohnya kau berada pada waktu pagi yang dingin di kaki bukit yang sejuk lalu kabus mengindahkan lagi pemandangan pagi yang dingin itu. Tenang yang betul-betul menyentuh hati yang dalam. Allahu...

Tapi memang tak sah, kalau orang nak jadi baik pun ada juga masih kedengaran suara-suara sumbang yang kutuk sakan dari belakang. Hmm entahlah, dengar semua tu  aku rasa cool jer mungkin aku dah rasa ini sebenarnya yang aku cari selama ini yang telah aku temui (chewwah..macam lirik lagu pulak).

Walaupun masih tak sempurna kerana banyak lagi yang kena belajar, kerana proses tersebut memerlukan jangka masa untuk menyesuaikan diri. Apa yang penting niat mesti betul dan istiqamah dalam proses tersebut. Tajdid kembali niat kita. Apa yang penting kita bukan TRANSFORMER yang boleh berubah dengan sekelip masa, so take your time kerana Allah sentiasa membuka pintu taubatNYA untuk kita semua Si pendosa...

Doakan kita semua untuk terus teguh meniti jalan ni.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar 39:53)

Bismillah... langkah bermula =)

p/s = genggam masa yang ada untuk bertaubat selagi kita masih bernafas kerana takut ajal dijemput lebih awal,menyesal tak sudah nanti..



Ulasan

Catatan Popular