#2 'MEREKA' HEBAT

                                   M  E  R  E  K  A       H  E  B  A  T




Siapa sangka disebalik sebuah negara yang dikenali sebagai ikon hiburan yang melampau,obses,fanatik dan tak mengenal batas asasnya,tetapi masih wujud sebuah komuniti yang masih lagi mempunyai kesedaran untuk agama mereka.

Dan....... aku sangat bangga dengan perjuangan mereka yang kadangkala kita yang tinggal di negara Islam ni pun tak mampu untuk melakukan seperti apa yang mereka telah buat.

                                                         Mereka hebat!
First impression ketika melihat mereka....hmmm....Melaksanakan syariat dimana sahaja mereka berada.Perintah tetap dipatuhi walau berada di tengah kota metropolitan yang hingar bingar dengan hiburan yang tak mengenal erti penat.

Lelah? tak pernah wujud dalam kamus minda si hamba yang sentiasa merayu syurga akhirat yang indah jauh dari ruang infiniti manusia.Melihat mereka,terpancar ketenangan dan harmoninya cara hidup mereka.Hiburan? usah kau cuba menembusi dinding itu kerana tembok iman telah mereka kukuhkan dan jika engkau dapat menembusi sekalipun,menitislah airmata mereka memohon taubat kepada yang Maha Esa.

Semangat??sudah menjadi pakaian yang membaluti tubuh mereka.Tidak terdengar pun sebarang keluhan ketika menjalankan tuntutan illahi.Senyuman menjadi penyeri bibir.Seorang demi seorang menerima hidayah Islam atas usaha gigih mereka.


Dan aku,kau dan kita??apa yang telah kita sumbangkan terhadap agama kita??
Apakah engkau masih terbuai lena dengan mimpi duniawimu?

#Asrennayuntheuntoldstories



Ulasan

Catatan Popular